Berita UtamaDunia

Penduduk Palestin makin derita bila ‘hilang’ bantuan UNRWA

Burukkan lagi keadaan yang sudah kritikal di Gaza dan Tebing Barat

GAZA, 29 Rabiulakhir 1446H, Jumaat –  Larangan Israel terhadap agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Palestin (UNRWA) sebenarnya adalah usaha lebih besar untuk melemahkan hak-hak pelarian Palestin dan mengusir mereka dari wilayah yang diduduki, menurut penganalisis kepada Al Jazeera.

Larangan tersebut akan berkuat kuasa dalam tempoh tiga bulan dan akan memburukkan lagi keadaan yang sudah kritikal di Gaza dan Tebing Barat, termasuk di Baitulmaqdis.

“Namun, ia juga adalah sebahagian daripada matlamat lebih besar untuk menyingkirkan Palestin secara kekal dari tanah mereka,” kata seorang penganalisis kepada Al Jazeera.

Sebagai pemberi bantuan terbesar kepada pelarian Palestin, UNRWA memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat di Gaza terus bertahan hidup, di mana orang awam menghadapi risiko pembunuhan beramai-ramai, menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sepanjang tahun lalu, Israel telah mengusir hampir keseluruhan populasi seramai 2.3 juta orang dan membunuh sekitar 43,000 penduduk di Gaza.

Penduduk Palestin di Gaza telah hidup di bawah sekatan darat, laut, dan udara yang dikenakan oleh Israel sejak 2007, menyebabkan kumpulan hak asasi menyifatkan wilayah itu sebagai “penjara terbuka”.

Israel kini dilihat cuba mengosongkan Gaza dengan menghentikan perkhidmatan UNRWA, yang dianggap sebagai bantuan yang tidak boleh diganti oleh penduduk, menurut penganalisis.

“Nampaknya jelas dari cara Israel menjalankan peperangan ini… bahawa Israel berusaha menjadikan kehidupan di Gaza sangat sukar sehingga penduduk terpaksa meninggalkan wilayah itu,” kata Khaled Elgindy, pakar dalam isu Israel dan Palestin serta felo kanan bagi Institut Timur Tengah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker