Berita UtamaUtama

‘Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangan’, Tun M sedih pemergian Tun Daim

Bekas PM doakan Allahyarham diberikan tempat di akhirat sebagai pejuang bangsa

BANGI, 11 Jamadilawal 1446H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan kesedihannya apabila kehilangan sahabat yang bersamanya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Ini susulan pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

“Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan.

“Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab! Kerana dendam.

“Inikah balasan yang menimpa kerana dendam. Ya Allah. Adililah Daim berasas keadilan,” katanya.

Pemimpin berusia 99 tahun itu yang juga bekas Perdana Menteri mendoakan Allahyarham Tun Daim diberikan tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa.

“Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker