Berita UtamaUtama

Bayarlah hutang MARA supaya anak-anak layak mohon MRSM

'Adilkah pada orang lain, sudahlah tiada pinjaman, anak-anak pun tak peluang masuk MRSM'

BANGI, 12 Jamadilawal 1446H, Khamis – Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad menasihati ibu bapa yang mempunyai hutang pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), supaya berusaha melakukan sesuatu demi masa depan anak-anak yang lain.

Terbaharu, MARA memutuskan untuk mengambil tindakan dengan menyenarai hitam peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman.

Dilaporkan, ibu bapa atau penjaga yang dikenakan tindakan senarai hitam, tidak layak memohon kemasukan anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Bagaimanapun, penyenaraian hitam itu boleh ditarik semula jika peminjam atau ibu bapa pelajar tampil kepada MARA untuk membuat penyesuaian.

Mengulas perkara ini, Dr Anuar mengakui bersetuju dengan keputusan MARA kerana setiap ibu bapa harus mengambil tanggungjawab penuh pada masa depan anak-anak mereka.

Katanya, jika mereka culas membayar hutang pinjaman MARA, mereka harus sedar kesannya juga pada pendidikan anak-anak.

“Sudahlah mereka dapat kemudahan dari pinjaman MARA (duit pembayar cukai) tapi tak bayar kembali pinjaman, anak-anak pula mereka nak supaya masuk MRSM.

“Adilkah pada orang lain, sudahlah tiada pinjaman MARA, anak-anak juga tak berpeluang masuk MRSM.

“Jadi sebagai ibu bapa, mereka mesti ambil tanggungjawab. Bayar hutang MARA, supaya anak-anak mereka layak memohon ke MRSM,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker