Israel tak berhak wujud!
Mereka bukan pertahan diri, tapi lakukan genosid sejak sekian lama secara terancang
1. SAYA menonton wawancara Richard Quest terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di link ini:
https://x.com/richardquest/status/1856294109897437356?s=46&t=qJKASWeBg-oveXPIfwU_7w
2. Ada pendirian yang kuat yang ditegaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu Palestin-Israel. Cuma saya tertarik kepada minit 2.30 apabila DSAI ditanya sama ada Israel berhak wujud dan berhak mempertahankan diri. Kedua-dua soalan spontan dan ringkas itu dijawab dengan ringkas juga ‘yes’.
3. Tidak berniat untuk membela dan tidak juga berniat untuk merendahkan, saya rasa inilah jawapan yang akan diberikan mungkin oleh mana-mana menteri jika ditanya spontan begitu.
4. Tetapi pada saya jawapan itu adalah salah. Israel tidak ada hak untuk wujud. Israel juga bukan mempertahankan diri tetapi mereka melakukan genosid sejak sekian lama secara terancang dan sistematik.
5. Ketegasan di dalam dua isu ini akan membawa kepada tindakan susulan yang praktikal dan berpadanan dengan tabiat pertembungan sekarang. Dan itulah perbezaan tindakan Hamas berbanding Fatah dan pemimpin negara Arab dan dunia Islam lainnya.
6. Hamas menerima Two State Solution dalam kenyataan rasmi mereka pada 2017 tetapi mereka bertegas pada beberapa isu:
– Tidak sesekali akan mengiktiraf Israel
– Kewujudan Yahudi di Palestin adalah pencerobohan dan penjajahan
– Two State Solution sebagai penyelesaian sementara
– Menolak sebarang bentuk normalisasi
– Palestin perlu dibebaskan dan dimerdekakan, bukan sekadar diberi bantuan kemanusiaan
7. Kalaulah soalan yang sama ditanya kepada asy-Syahid Yahya Sinwar dan asy-Syahid Ismail Haniyeh, apa agaknya jawapan mereka? Saya berpandangan itulah juga jawapan yang perlu diberikan oleh sesiapa sahaja menteri yang ditanya soalan itu. Berbeza jawapan, akan berbezalah tindakan.
Wallahu a’lam
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)