Berita UtamaIstimewa

‘Israel memang negara haram’

Malaysia sepanjang masa iktiraf negara Palestin

BANGI, 17 Jamadilawal 1446H, Selasa – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Israel sememangnya negara haram – justeru, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa pungutan suara di kalangan penduduk Palestin.

Situasi itu tidak sama seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

“Tidak pernah saya “Ia kan” adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya,” kata Tun Mahathir dalam satu kenyataan di Facebook. 

Pemimpin berusia 99 tahun itu juga berkata, kita (Malaysia) sepanjang masa mengiktiraf negara Palestin. 

“Kita terima Duta Palestin. Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel,” katanya. 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker