Berita UtamaIstimewa

Warga Filipina beli MyKad palsu harga RM250 sekeping

Kedua-dua suspek masuk ke Malaysia secara haram

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1446H, Rabu – Pasangan warga Filipina dilaporkan telah membeli kad penegnalan (MyKad) palsu berharga RM250 sekeping daripada seorang ejen sindiket, di ibu negara dua tahun lalu.

Menerusi hasil pemeriksaan dan risikan, kedua-duanya ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Pandan Indah, semalam. 

Suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan dilaporkan menggunakan MyKad palsu untuk mendapatkan kerja serta untuk bergerak bebas.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, kedua-dua suspek fasih berbahasa Melayu dan dipercayai masuk ke Malaysia secara haram.

Memetik laporan Berita Harian, mereka hari ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker