Berita Utama

‘Saya tak guna dana syarikat swasta’

Tiada perselisihan kepentingan, jangan terperangkap fitnah zaman edan

BANGI, 23 Jamadilawal 1446H, Isnin – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya kerajaan menggunakan dana syarikat swasta dalam urusan perjalanan lawatan kerja rasmi ke luar negara baru-baru ini.

“Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya.

“Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama.

“Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Beliau berkata, sekiranya menggunakan jet Eksekutif Kerajaan, kos perlu ditanggung kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara.

“Namun dengan perkongsian ini, kos untuk Kerajaan hanya RM1.6 juta.

“Saya ulang, kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan,” katanya. 

Anwar dilaporkan berkata demikian merujuk kepada dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center, Pushpan Murugiah bahawa tindakannya menggunakan dana syarikat swasta yang mengikuti urusannya ke luar negara akan menyebabkan kerajaan menerima tekanan daripada syarikat terbabit yang akan memohon balasan.

Pushpan mendakwa, walaupun pertimbangan kewangan mungkin menjadi faktor utama keputusan itu, namun kerajaan juga seharusnya mengambil kira kemungkinan terjadinya perselisihan antara kepentingan kerajaan dan swasta.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker