Berita UtamaDunia

ICC mohon waran tangkap terhadap Junta Myanmar, Min Aung Hlaing

Satu juta pelarian Rohingya kini tinggal di kem pelarian Bangladesh

NEW YORK, 26 Jamadilawal 1446H, Khamis – Pendakwa Raya, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan memohon waran tangkap terhadap pemimpin tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, atas tuduhan jenayah kemanusiaan berhubung dakwaan penganiayaan terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam.

Sejak serangan tentera Myanmar yang dilancarkan pada Ogos 2017, lebih satu juta pelarian Rohingya melarikan diri, kebanyakannya ke Bangladesh, untuk mengelak daripada menjadi mangsa operasi ketenteraan yang digambarkan oleh penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Penyiasat PBB mendakwa tentera, polis, dan penduduk Buddha telah membakar ratusan kampung di negeri Rakhine yang terpencil, menyeksa penduduk yang melarikan diri, melakukan pembunuhan besar-besaran dan merogol beramai-ramai.

Myanmar menafikan dakwaan tersebut, dengan mendakwa kononnya pasukan keselamatan mereka menjalankan operasi yang sah untuk memburu mereka yang menyerang pos-pos polis.

Kini, lebih daripada satu juta pelarian tinggal dalam keadaan daif di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Tindakan pendakwa raya itu disifatkan sebagai satu hari yang jarang dirayakan oleh komuniti Rohingya, menurut Tun Khin, Presiden Pertubuhan Rohingya Burma UK.

“Akhirnya etnik Rohingya akan mendapat keadilan,” katanya.

Menteri Luar, Zin Mar Aung menyifatkan permohonan ini sebagai satu dalam sejarah.

“Beliau mesti diadili sepenuhnya untuk setiap nyawa yang tidak berdosa yang telah dimusnahkan dan setiap keluarga yang telah dihancurkan,” katanya dalam satu kiriman media sosial.

Pejabat pendakwa raya berkata,  permohonan waran tangkap itu dibuat selepas penyiasatan yang menyeluruh, bebas dan adil.

Mereka turut menyatakan bahawa lebih banyak permohonan waran tangkap berkaitan Myanmar akan menyusul. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker