Berita UtamaPendapat

Langgar sumpah jawatan, King Sing wajar dipecat

Tiada guna terap Rukun Negara kalau jalankan tugas dengan tidak amanah

1. TIONG King Sing, merupakan Ahli Parlimen Malaysia dan Menteri Kabinet yang dilantik melalui kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

2. Sebagai Ahli Parlimen dan Menteri yang dilantik, Tiong berkhidmat dan bertaat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

3. Taat setia ini, dibuat melalui sumpah jawatan bahawa beliau akan setia kepada Malaysia dan akan memelihara, menjaga serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

4. Sumpah taat setia ini diwajibkan dibuat dihadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada Perkara 43 (6) Perlembagaan Persekutuan.

5. Isi kandungan sumpah taat setia boleh dirujuk pada Jadual 6 Perlembagaan Persekutuan.

6. Tiong, dua kali bersumpah setia di hadapan Yang Di-Pertuan Agong. Kali pertama, bersumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia. Kedua bersumpah memegang jawatan kabinet di bawah Kerajaan Malaysia. Tiong berkali-kali melanggar sumpah setianya untuk mempertahankan Malaysia dan Perlembagaannya.

7. Mempertahankan Kedaulatan Bahasa Kebangsaan merupakan kewajipan Tiong King Sing.

8. Mempertahankan kedaulatan maruah negara merupakan kewajipan Tiong King Sing yang terikat dengan sumpah setia yang dilafazkannya.

9. Mengukuhkan jati diri bangsa merupakan tugas yang diamanahkan dalam Kementerian yang dipimpin Tiong King Sing.

10. Ini bukanlah kali pertama Kim Sing melanggar sumpah setianya dan gagal menjalankan tugasnya mengikut objektif Kementerian yang dipimpinnya.

11. Perkara 43(5) memberikan kuasa kepada Yang D-Pertuan Agong untuk membatalkan jawatan Menteri yang disandang Tiong King Sing jika mendapat nasihat Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

12. Menteri yang berkali-kali melakukan perkara yang melanggar sumpah jawatan mereka, mencemarkan komitmen Perdana Menteri itu sendiri dalam mempertahankan sumpah setianya pula kepada Yang Di-Pertuan Agong.

13. Sudah sampai masa YAB Perdana Menteri menasihati Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, untuk membatalkan jawatan yang disandang Tiong King Sing atau menasihati Tiong King Sing untuk meletakkan jawatannya menurut Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan.

14. Jika Tiong terus kekal memegang jawatan tanpa dipecat atau meletakkan jawatan, ianya menunjukkan Perdana Menteri gagal untuk memastikan semua aggota Kabinetnya menghormati sumpah setia yang dilafazkan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.

15. Ini merupakan satu penghinaan kepada Ketua Utama Negara yang seharusnya tidak ada tolak ansur.

16. Tiada guna menerapkan pembacaan Rukun Negara penuh di semua Kementerian dan agensi, tetapi tiada penghayatan untuk menjalankannya dengan penuh amanah.

17. Kesetiaan kepada Raja dan Negara itu antara tonggak yang harus ditegakkan oleh semua rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku!

Mohd Aswanizam Bin Alias,
Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker