Petisyen desak King Sing letak jawatan dilancar, sasar 1 juta tandatangan rakyat Malaysia
Gagal berkali-kali jalankan tugas ikut objektif kementerian yang dipimpin
BANGI, 27 Jamadilawal 1446H, Jumaat – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) melancarkan petisyen bagi mendapatkan sokongan rakyat Malaysia bagi mendesak Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meletakkan jawatan.
Desakan ini sebagai tanda ketidakpuasan hati rakyat terhadap keputusan dan tindakan King Sing sepanjang memegang portfolio Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sejak era kerajaan Madani.
Petisyen itu dilancarkan bersama Gabungan Nasionalis (GN), dengan menyasarkan sokongan satu juta rakyat Malaysia.
GPS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendesak supaya King Sing meletakkan jawatan secara terhormat bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara.
Baru-baru ini King Sing dikecam apabila mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik premis yang memaparkan papan tanda tanpa lesen dan tidak menggunakan bahasa Kebangsaan.
Selama menjadi menteri, King Sing dilihat lebih mengutamakan pelancong China apabila pernah meminta rakyat Malaysia tidak menunjukkan reaksi berlebihan apabila Malaysia membenarkan pelancong dari China datang ke negara kita ketika kes Covid-19 meningkat semula sedangkan negara lain menyekat pelancong China dari masuk ke negara mereka.
King Sing juga pernah jadi ‘hero’ menimbulkan Kekecohan di KLIA untuk mempertahankan pelancong China yang ditahan oleh pegawai imigresen.
Beliau juga antara menteri memperrtahakan isu kibar bendera China di Menara Condong, Teluk Intan.
GPS berkata, banyak lagi isu-isu dan tindakan Tiong King Sing yang memalukan negara dan melanggar sumpah setia yang pernah dilafaznya.
“Yang jelas, King Sing gagal berkali-kali menjalankan tugasnya mengikut objektif kementerian yang dipimpinnya,” katanya.
PETISYEN SEJUTA RAKYAT MALAYSIA DESAK TIONG KING SING LETAK JAWATAN
https://www.change.org/TiongLetakJawatan