Berita UtamaPendapat

Isu Syria untuk difahami

1. ISU SYRIA agak rumit untuk difahami. Bukan isu terbaru ini sahaja, bahkan sejak dari berlakunya Arab Spring lagi. Kumpulan mujahidinnya banyak, campur tangan luar secara langsung juga berlaku. Kerumitan itu boleh difahami di antaranya dari rumitnya memahami pendirian Syeikh al-Bouti dalam pernyaannya tentang revolusi di Syria.

2. Bacaan awal kebangkitan kali ini yang boleh saya kongsikan (sekadar bacaan awal sahaja, masih banyak yang perlu diperhatikan) adalah seperti berikut:

i. Kebangkitan kali ini pemain utamanya adalah warga Syria yang dihalau dari penempatan mereka ketika Arab Spring. Mereka tinggal di perkhemahan dan sepanjang belasan tahun membina kekuatan persenjataan mereka di perkhemahan.

ii. Mereka menunggu masa sesuai untuk kembali ke penempatan asal mereka (itu adalah tuntutan asal mereka). Bacaan mereka sekarang adalah masa yang sesuai kerana Iran dan Russia mula memperlahankan sokongan mereka terhadap Basyar selepas ada ura-ura Syria juga mungkin terlibat dalam proses normalisasi dengan Israel.

iii. Turki masuk dan mencadangkan kepada rejim Syria agar berdamai dan memberikan hak kepada warga Syria yang duduk di perkhemahan untuk kembali ke penempatan mereka.

iv. Iran pula mencadangkan agar rejim Syria menentang dan memusnahkan warga Syria tersebut. Russia mungkin bersama Iran.

v. Rejim Basyar amat perlu kepada bantuan Iran dan sekutunya (Hizbullah dan lain-lain). Tanpa bantuan Iran dan sekutu, dijangkakan rejim Basyar boleh jatuh.

vi. Tabiat Syria yang dipenuhi dengan pelbagai kumpulan mujahidin termasuklah Daesh akan menjadikan keadaan lebih parah jika mereka bertindak melibatkan diri dalam konflik terbaru.

3. Mari ikuti isu ini dengan rapat dan fikirkn apa sumbangan yang boleh kita di Malaysia mainkan.

Moga Allah menyelamatkan bumi Syams dari kemusnahan.

Wallahul Musta’an

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker