Berita UtamaDunia

Bank Syria jamin wang rakyat selamat

Institusi kewangan negara akan terus beroperasi seperti biasa

DAMSYIK, 8 Jamadilakhir 1446H, Selasa – Bank Pusat Syria memberi jaminan kepada rakyat bahawa simpanan mereka di bank adalah selamat dan tidak terjejas, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Bank Pusat memaklumkan, institusi kewangan di negara itu akan terus beroperasi seperti biasa.

Ini susulan pertempuran antara pasukan rejim Bashar Al-Assad dan kumpulan anti-rejim tercetus pada 27 November di kawasan luar bandar di barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.

Dilaporkan lebih 10 hari pasukan pembangkang melancarkan serangan, menawan bandar-bandar utama dan ibu negara, Damsyik.

Kemajuan pesat yang disokong oleh unit-unit tentera yang berpaling tadah menyebabkan kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara.

Assad dan keluarganya melarikan diri ke Moscow dan mendapat suaka di Russia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker