Berita UtamaDunia

Rejim al-Assad pernah ‘culik’ 200 warga Syria

Pemerintahan dan polisi rejim sebelum ini tak selamat, bahayakan rakyat

ALEPPO, 8 Jamadilakhir 1446H, Selasa – Rejim Bashar Al-Assad sebelum ini dilaporkan pernah menahan ratusan warga Syria ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Damsyik dari kawasan yang dikuasai pembangkang.

Tindakan itu menyaksikan polisi rejim yang sering menculik dan ‘menghilangkan’ orang awam di seluruh negara.

Menurut laporan Al-Araby Al-Jadeed yang memetik aktivis Syria dan kumpulan dalam talian tempatan, pasukan keselamatan Syria menahan kira-kira 200 warga Syria – yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – di Jambatan Baghdad berhampiran kawasan Al-Qatifah di pinggir utara Damsyik pada 3 September.

Kumpulan warga Syria tersebut, yang dalam perjalanan pulang selepas melawat saudara mara yang terpaksa berpindah di kawasan yang dikuasai pembangkang di utara Syria, kemudiannya dipindahkan ke Cawangan Al-Khatib, yang merupakan pejabat utama perisikan rejim.

Susulan penculikan itu, Ketua Jawatankuasa Perundingan Pembangkang Syria, Badr Jamous, menggesa Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Geir Pedersen, untuk campur tangan segera dan menyiasat nasib serta keberadaan tahanan tersebut.

Dalam surat yang dihantar Khamis lalu, Jamous menuntut agar PBB dan Utusan Khasnya memberi tekanan kepada Bashar Al-Assad dan rejimnya untuk membebaskan tahanan awam Syria.

Beliau menegaskan bahawa penculikan ini merupakan bukti tambahan bahawa Syria tidak selamat untuk rakyatnya berikutan kewujudan rejim di Damsyik.

Jamous juga menambah bahawa rejim Assad dan perkhidmatan keselamatannya semakin memecahbelahkan Syria. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker