Berita UtamaDunia

Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia 2034

Bakal diadakan di 15 stadium termasuk Riyadh, Jeddah, Khobar, Abha, dan Neom

RIYADH, 10 Jamadilakhir 1446H, Khamis – Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2034, pengumuman rasmi dibuat oleh FIFA ketika kongres luar pada Rabu, lapor Anadolu Agency.

Arab Saudi akan menjadi negara kedua di Timur Tengah yang menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak antarabangsa bertaraf tertinggi ini, selepas Qatar pada tahun 2022.

Perlawanan Piala Dunia 2034 dijadualkan diadakan di 15 stadium di lima bandar tuan rumah iaitu Riyadh, Jeddah, Khobar, Abha, dan Neom.

Piala Dunia 2034 akan menjadi kejohanan pertama yang melibatkan 48 pasukan, memecahkan rekod dalam sejarah pertandingan tersebut.

Sementara itu, Piala Dunia FIFA 2030 akan diadakan secara bersama oleh tiga negara iaitu Morocco, Portugal, dan Sepanyol.

Uruguay, Argentina, dan Paraguay pula akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan khas sempena sambutan ulang tahun ke-100 Piala Dunia, yang turut akan menjadi sebahagian daripada kejohanan 2030.

Piala Dunia FIFA merupakan pertandingan bola sepak antarabangsa utama bagi lelaki, yang diadakan setiap empat tahun sejak kejohanan pertama pada tahun 1930, kecuali pada tahun 1942 dan 1946 akibat Perang Dunia Kedua. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker