Berita Utama

‘Sampai sekarang tak tahu sebab digantung’

Hishammuddin ditanya sama ada akan kemuka rayuan untuk kembali pada UMNO

BANGI, 10 Jamadilakhir 1446H, Khamis – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui sehingga saat ini beliau masih tidak mengetahui sebab digantung keahlian UMNO. 

Januari tahun lalu, Hishammuddin menerima surat rasmi penggantungannya sebagai ahli UMNO tanpa menyatakan sebab-sebab penggantungan. 

Penggantungan keahlian itu dibuat di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO selepas beliau didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Penggantungan tersebut katanya adalah selama tempoh enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Terbaharu, Hishammuddin ditanya mengenai status keahliannya sama ada beliau akan mengemukan rayuan.

“Ketika ditemui pemberita di Parlimen, saya ditanya adakah akan mengemukakan rayuan untuk kembali kepada UMNO?

“Jawapan saya – Buat apa nak merayu? Sampai sekarang pun saya tak tahu sebab digantung,” katanya. 

Disember lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk kembali membuka ruang kepada bekas pemimpin yang sebelum ini berdepan tindakan disiplin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker