Apa Kata Pakar
Benarkah anak-anak tertekan kerana ‘exam oriented’?
Atau mereka sebenarnya tertekan kerana silibus 'kayangan' terlalu padat?
HUJAH ‘terbesar’ mengapa UPSR dan PT3 kekal dimansuhkan adalah kerana kita tidak mahu lagi ‘exam oriented’. Kononnya tidak mahu anak-anak tertekan.
Betulkah hujah itu?
Benarkah anak-anak tertekan puncanya kerana ‘exam oriented’ atau sebenarnya kerana ‘kegilaan’ sebahagian ibu bapa, guru, sekolah, daerah dan negeri yang suka bertanding keputusan peperiksaan?
Benarkah anak-anak kita tertekan kerana ‘exam oriented’ atau sebenarnya mereka tertekan kerana silibus ‘kayangan’ yang terlalu padat dan tinggi hingga hilang keseronokan untuk anak-anak belajar?
Benarkah anak-anak kita tertekan kerana ‘exam oriented’ atau sebenarnya mereka tertekan dengan budaya suka ‘add on’ seperti KBAT, STEM, PAK21, TS25, Sekolahku Sejahtera dan berbagai program adhoc (ceramah, taklimat, perasmian) di sekolah yang tidak putus -putus sepanjang tahun?
Kita harus jujur dan jelas sebelum memangsakan ‘exam oriented’.
Dr Anuar Ahmad
Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM
Artikel asal telah disiarkan di Facebook penulis.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.