‘Ibu 10 anak berjuang dapatkan makanan’
Suami sakit kronik, Ghada hanya bergantung pada dapur komuniti percuma
Ghada al-Kafarna antara komuniti yang beratur di tengah Gaza setiap hari demi mendapatkan sesuap makanan untuk anak-anaknya.
Pada jam 11 pagi, ibu kepada 10 anak itu sudah berada di sana selama dua jam.
“Saya harus dapatkan makanan dan roti untuk anak-anak,” jelas wanita berusia 41 tahun itu ketika ratusan kanak-kanak, wanita, dan lelaki bersesakan di sekelilingnya.
Ghada tiada sumber pendapatan dan suaminya menderita penyakit kronik yang menghalangnya daripada bekerja sebelum perang lagi.
Kini, keluarga tersebut, yang telah dipindahkan dari rumah mereka di utara Gaza, tinggal di sebuah sekolah UNRWA yang diubah menjadi tempat perlindungan di Deir el-Balah.
Mereka hanya bergantung kepada dapur komuniti atau kebajikan yang mengagihkan makanan percuma.
“Saya tiada pilihan selain meminta makanan dari jiran,” katanya.
Ghada kelihatan keletihan.
“Anak-anak saya tidak makan apa-apa hari ini. Selama empat hari lalu, dapur kebajikan telah ditutup kerana keadaan yang sukar, dan anak-anak saya tidur dalam keadaan lapar setiap malam,” katanya sambil menangis.
“Saya meminta pertolongan daripada orang di sekeliling saya dan merayu setiap hari,” katanya. – Agensi